Thursday, October 30, 2008

teater kita....

StarStudio direka adalah untuk memberi informasi terkini berkenaan aktiviti teater kita dalam StarStudio.Persembahan terbaru, tarikh dan lokasi persembahan. Selain itu aktivis-aktivis seni dan artis-artis baru yang terlibat akan diperkenalkan.Harapan utama blog ini adalah semoga semua hebahan dan promosi dapat membantu produksi mencari penaja-penaja yang baik hati yang mencintai seni serta mahu melihat dunia teater melayu berkembang dan dihargai untuk diwarisi generasi akan datang. StarStudio mendaulatkan pementasan-pementasan yang berunsurkan adat peradaban melayu, keaslian tarian,nyanyian dan kisah-kisah sejarah melayu purba, hikayat dan bangsawan. Selain itu, StarStudio juga mengangkat naskhah skrip teater dan pementasan yang disertai oleh kanak-kanak dan remaja. Objektifnya ialah untuk mengasah bakat,memberi pendedahan, mencintai dan mengenali dunia seni teater itu sendiri semoga semua lapisan umur mendapat pendedahan yang meluas.Keutamaan StarStudio adalah pada mesej pementasan yang mengandungi nilai-nilai murni seperti adab peradaban,mencintai Tuhan, perpaduan, patriorit,kasih sayang, kekeluargaan, kesetiaan kepada pemimpin dan integrasi nasional yang muhibbah.Semoga menatapi StarStudio ini membuat kita rasa bahagia dan merasai seni itu betapa indahnya apabila dikongsi bersama.

1 comment:

andalusia said...

jum2.. ramai2 kasi penuh panggung.. :D