Thursday, November 13, 2008

Sinopsis Dendam Tanjung Puri

Jalak dan Indera adalah teman seperguna dengan Tok Tuba.Mereka berguru dengan Tok Tuba disertai oleh Pak Lanang.Tok Tuba mempunyai seorang anak gadis yang bernama Cempaka.Cempaka dicintai oleh Jalak dan Indera.Oleh kerana Jalak bersifat lebih kasar,maka Cempaka memilih Indera.Ini menimbulkan rasa dendam dihati Jalak.

Setelah beberapa tahun Jalak datang ke Tanjung Puri dimana Indera menjadi Demang.Jalak datang dengan tujuan untuk membalas dendamnya.Dia membunuh Indera dan memperkosa Cempaka.Kejadian ini dirancang oleh Jalak dan orang-orangnya pergi,Sari anak gadis Indera pulang.Sari menyimpan hasrat untuk mencari pembunuh ayah dan ibunya.

Tanjung Puri kini dikuasai oleh Jalak dan orang-orangnya.Ketika ini,Kelana anak lelaki Indera dan Cempaka pulang dari berguru.Setelah mengetahui kejadian yang berlaku dia mencabar Jalak.Akhirnya Kelana pergi dari situ dan berazam akan kembali untuk menuntut bela.

Pada satu ketika Jalak dan orang-orangnya pergi ke sebuah desa.Disana mereka cuba untuk mengganggu anak gadis Pak Lanang.Di waktu itu,Mawar sampai dan membantu anak gadis Pak Lanang,Melati dan Kiambang.Di masa yang sama Kelana juga sampai ketempat iru.Semua kejadian diceritakan kepada Pak Lanang.Pak Lanang membuka rahsia kelemahan Jalak kepada Kelana dan Mawar akhirnya ke Tanjung Puri untuk membuat perhintungan terakhir dengan Jalak.Kelana mati dibunuh dan Jalak dibunuh oleh Mawar.Akhir cerita terbongkar rahsia yang Jalak adalah bapa kepada Mawar.

No comments: